KALAU BERKASIH VS CAHAYA BULAN DI AIR TENANG 

.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ Awie berkolaborasi menerusi Kalau Berkasih untuk album Sitism Deluxe . Sebuah lagu yang cukup catchy dan akan menjadi siulan.
.
Pun begitu apakah ianya berinspirasi dari lagu Cahaya Bulan Di Air Tenang nyanyian seniman A.Ramlie dan Maria Bachok yang dirakam pada 1975.
.
Mendengar rentak dan lirik nyanyian Dato’ Awie rasanya ianya bukan kebetulan. Saya anggap ianya satu Tribute kepada A.Ramlie dan Maria Bachok yang amat terkenal pada era 70-an.
.
Saya anggap Tribute sebegini sesuatu yang wajar di puji, namun sekiranya benar adalah lebih baik diberi kredit pada pencipta dan penyanyi asal lagu tersebut. Teliti kan video gabungan kedua lagu ini untuk anda menilai sendiri sejauh mana persamaan kedua buah lagu tersebut .
.
Apapun saya gembira dengan kelahiran Sitism yang sentiasa mendahului dan trendy berbanding artis lain. Jenama Siti Nurhaliza akan terus unggul dan berada di level yang tersendiri . Beliau Ratu Seni Asia , sekaligus Biduanita Negara yang akan terus menjadi inspirasi dan visi untuk setiap mereka yang ingin bergelar anak seni .

.
.