jAWAN -AURA SRK

✍️✍️✍️

.

JAWAN – KRITIK SOSIAL SRK

.

Lama saya tidak menonton filem Bollywood. Barangkali hanya teruja dengan lakonan Shah Rukh Khan dan Aiswarya Rai sahaja maka minat untuk menonton jarang ada.

.

Pun begitu apabila JAWAN filem terkini Shah Rukh Khan mula muncul di Netflix, dan melihat ianya trending saban hari membuatkan saya terasa ingin pula melihat aksi hero Legend ini. Dengar kata filem ini mendapat sambutan hangat dan semua terkesima dengan lakonan dua watak Shah Rukh Khan.

.

Diterbitkan oleh Ghauri Khan dan arahan Atlee, saya seronok dengan persembahan Jawan terutama dari segi fotografi, lakun layar dan suntingan pantasnya. Dan lakonan Shah Rukh Khan tetap nombor satu dengan imejnya yang sentiasa berprestij itu. Apatah lagi dalam usia 50an susuk tubuhnya kekal hebat dan aksi lawan berada di tahap tertinggi.

.

Seumpama Robin Hood yang merompak demi kelangsungan hidup dan ketidakadilan adalah intipati Jawan. Lebih menarik penjara wanita dijadikan kem merekrut hero di kalangan wanita yang ada cerita tersendiri . Meskipun ada klise dalam skrip ini namun saya faham . Bollywood sememangnya begitu. Aspek kebetulan penjahat bercinta dengan polis yang pulun menangkapnya adalah soal biasa bukan?

.

Jawan hadir dalam bahasa variasi bahasa ini mampu mengubat rindu pada lakonan Shah Rukh Khan. Sebuah filem yang seronok ditonton dan berada dalam klass tersendiri. Lima bintang untuk Jawan🌹

.

#jawan

#shahrukhkhan

#netflix

#kataeditor 

#karyaanwarrazali

#stailistaglamz2023 Stailista-Glamz @pengikut

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart