GV10- PESONA FUN FAIR TOK RAM

.
GV10 : PESONA FUN FAIR TOK RAM
.
Menjadi luar biasa dari biasa. Keluar dari kepompong yang membelenggu. Fun-fair Tok Ram di konsert GV10 berjaya menyerlah sisi lain para bintang.
.
Sehari sebelumnya saya hadir menonton konsert DFP Presents Khai Bahar ; ada segmen lagu tradisi dan dangdut Khai tampilkan. Ianya menjadi dan meriah sekali. Dan apabila lagu sebegini di pentaskan secara kreatif, pujian harus diberi kepada semua terutama bintang lelaki.
.
Aliff Aziz yang buat semua terkesima. Sebelumnya asyik dikritik menyanyi berbisik, menyerlahkan sisi lemannya. Sesuai pulak lagu Cik Mek Molek dengan suara dan persembahannya luar jangkaan. Naqiu dan Tomok serta Hady Mirza menepati jangkaan. Mereka bertiga antara bintang GV yang tidak pernah mengecewakan. Ada sahaja nilai kreatif dalam persembahan.
.
Jika Tok Ram kata Ayam Liza Hanim kurang air lagu dan komedi, rasanya apa yang Liza berikan itu sudah memadai . Tidak perlu nak berlawak sangat atas pentas tu. “Radition” lagu Ayam dari Liza tu dah ok. Tetap wow. Begitu juga dengan Siti Nordiana, cute dan ‘kontrol ayu’ dengan lagu Britney tu. Tak perlu nak gedik sangat. Ok sangat dah tu dengan piawaian Nana yang ‘leman’ itu. ✌️
.
Jika final GV nanti irama tradisi menjadi lagu wajib untuk setiap bintang pasti meriah Axiata. Sekaligus mengangkat budaya kita ke tahap yang lebih tinggi lagi. Selama ini irama tradisi dan dangdut dianggap selingan untuk kemeriahan acara, sudah tiba masanya pentas sebesar GV memartabatkan dua irama tersebut. Percayalah ianya akan menjadi penanda aras kepada stesen tv lain untuk ‘copy paste’ GV nanti .
.
Hakikatnya tidak mudah untuk menyanyi lagu irama tradisi kita. Dato’ Sri Siti Nurhaliza sahaja yang berani buat konsert lagu sebegini, sementara jelmaannya versi lelaki Khai Bahar dan Syafeek Ikhwan adalah antara pelapis yang amat menjadi untuk menyanyikan lagu sebegini.
.
Minggu depan percaturan hebat untuk bintang GV10, melihat barisan artis undangan, saya pasti cabaran para bintang akan lebih stress kerana penyingkiran pasti berlaku. Kita tengok siapa yang kena!
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart