Kita Semua berdiri di Sempadan antara normal dan tidak normal – Daily Dose Of Sunshine
.
Itulah dialog akhir yang buat saya terkesan sendiri. Kita di Sempadan mana ? Menarik bukan persoalan ini?
.
Soal sakit mental isu utama K-Drama ini. Sesuatu yang amat dekat dengan cerita seharian kita dewasa ini. Malahan setiap daripada tentunya ada sisi hitam putih dalam kehidupan ini bukan ? Ada soal kita tidak sedari, ada yang terlepas pandang dan ada yang kita lalui dengan rahsia.
.
Siri ini mendekatkan saya tentang bagaimana persepsi saya tentang masalah mental terutama kemurungan, schizophrenia , anxiety disorder, ocd dan lain lagi. Bukan hanya tertumpu pada pesakit sahaja malahan kita yang disekeliling termasuk ahli keluarga, para petugas hospital sendiri.
.
Sitgma masyarakat juga menjadi trauma. Kita sebenarnya kurang memahami atau terlalu prasangka terhadap pesakit mental atau sesuatu yang kita sekadar melihat dari jauh. Jadi siri ini wajib tonton untuk kita lebih faham situasi sebenar mengapa dan kenapa semua itu terjadi.
.
Daily Dose of Sunshine ialah siri web Korea Selatan 2023 yang diarahkan oleh Lee Jae-kyoo, dan dibintangi oleh Park Bo-young, Yeon Woo-jin, Jang Dong-yoon dan Lee Jung-eun. Ia berdasarkan webtoon Kakao dengan tajuk Korea yang sama oleh Lee Ra-ha, bekas jururawat, yang menonjolkan pengalaman sebenar pengarang.
.
#Dailydoseofsunshine
#kdrama
#netflix
#stailistaglamz2023
#kataeditor
#karyaAnwarRazaliÂ
CERITA NORMAL ATAU TIDAK
