GV10 – CUKUPLAH 8

✍️✍️✍️
.
GV10: CUKUPLAH 8✌️
.
Sememangnya untuk berada di pentas GV, bukan sesuatu yang ‘kacang’. Permainan acara GV sering di luar jangkaan. Tersilap sedikit strategi yang sebelum ini di atas terjunam ke corot. Tersilap lagu, pasangan duet tak seimbang maka hasilnya ke laut. Terlalu beriya pun akan malang, ‘play safe’ pun tak boleh. Apatah lagi jika diserang masalah kesihatan.
.
Konsert GV 9, saya tidak pasti apakah saya yang tidak merasa gah seperti konsert funfair Tok Ram lalu. Ianya hambar dan lesu. Hanya beberapa bintang menyerlah seperti Jac, Hady Mirza, Tomok dan Nikki yang wajar dipuji. Sebagai contoh Liza Hanim sepatutnya boleh makan dengan mudah lagu Hati Kama, tetapi kedengaran tak best, tak merdu bila Liza bawa. Noraniza Idris pulak yang beriya. Maka betullah agaknya siapa yang bawa lagu asal Siti Nurhaliza akan gagal untuk setara dengan ikon negara itu.
.
Siti Nordiana pun sama. Lagu leman seperti itu sepatutnya makanan dia. Tetapi bila digabungkan secara tidak seimbang seperti duet, maka itulah hasilnya. Sekadar biasa sahaja. Naqiu yang biasa menyerlah nampak sangat kurang dalam persembahan. Tetapi saya puji kerana tidak memberi alasan. Ini contoh terbaik kerana sebagai bintang anda perlu sampaikan terbaik, soal yang mengganggu kita tidak mahu tahu.
.
Sementara itu membariskan bintang baru dan lama mungkin sesuatu yang baik tetapi kasihan pada para Bintang yang bertanding pula. Ada pasangan duet ok, ada yang tidak. Dan kesannya pada persembahan keseluruhan keputusan.
.
Rasanya GV minggu depan akan kembali meriah. Gabungan medley seumpama itu sesuatu yang perlu untuk kembalikan suram dan mood GV yang kelihatan Hilang taring. Barangkali selepas ini cukuplah 8 minggu atau 10 minggu sahaja berentap , lama sangat bosan pulak jadinya.✌️
.
#gegarvaganza2023
#gv10
#astrogempak
#kataeditor
#karyaAnwarRazali
#StailistaGlamz2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart